MENGAPA SAYA LEMAH DALAM KIMIA?
Ini adalah soalan yang kerap ditanya oleh pelajar baik kepada saya mahupun
kepada diri mereka sendiri.
Sebenarnya bagi saya jawapannya agak 'obvious' hanya adakah para pelajar
sekelian ikhlas mahu mengetahuinya. Dan yang lebih penting bertindak
untuk mengatasi kelemahan itu?
Saya baru sahaja selesai menanda kertas peperiksaan pertengahan tahun pagi
tadi (8/6/12) , bermacam-macam perasaan bermain di hati dan kepala saya
.Perasaan marah ,sedih kecewa silih berganti. Mengapa tidak? Soalan yang telah
dibincang dalam kelas tetapi daripada jawapan pelajar seolah-olah baru pertama
kali menjawabnya.
Pelajar selalu mengaku kepada saya mereka faham bila saya mengajar di dalam
kelas. Betulke? Kalau betul mengapa markah yang didapati sangat rendah?
Sebenarnya saya percaya kepada pengakuan mereka itu. Mereka memang faham semasa
belajar di dalam kelas. Malangnya, pembelajaran mereka berakhir di situ
dan akan bersambung semula bila mereka masuk ke kelas kimia di hari yang
berikutnya. Di waktu antara kelas -kelas itu pelajar tiada usaha untuk
menelaah, membaca atau membuat latihan kimia. Kami, cikgu bukannya tidak
tahu perkara ini berlaku. Maka sebab itu kami membekalkan pelajar dengan kerja
rumah. Masalahnya pelajar tidak memanfaatkan waktu mereka membuat kerja rumah.
Pelajar selalu meniru semasa membuat latihan yang diberi , ada yang menyalin
kerja kawan dengan tidak mempedulikan sama ada apa yang disalin itu betul atau
tidak. Mengapa perkara ini berlaku? Sibuk sangatkah pelajar kita hari ini
sehingga kerja rumah dibuat asalkan siap?
Satu lagi perkara yang perlu saya tekankan ialah tentang tusyen. Boleh
dikatakan setiap pelajar tahu pentingnya tusyen. Masalahnya , ramai pelajar
beranggapan bila mereka mengambil kelas
tusyen, mereka secara automatik akan dapat menguasai dan memahami
kimia dengan baik. Jika ini tidak berlaku, mereka akan meletakkan kesalahan itu 100%
pada guru tusyen pula. Agaknya
sampai bila kita hendak menyalahkan orang lain? Saya hanya mengharapkan sikap
sebegini tidak berterusan apabila pelajar
berada di alam pekerjaan.
Saya ingin bertanya , tahukah pelajar apa maknanya belajar ? Untuk belajar seseorang itu
sendiri perlu melakukan pembacaan , pemikiran dan mencernakan
input yang didapati supaya segala maklumat/data-data
itu membawa makna kepada diri. Ini yang tidak atau kurang pelajar lakukan. Mengapa????
Ayoh, berubahlah.. Masih belum terlambat lagi untuk
mengorak langkah baru agar kecemerlangan
milik kita.
No comments:
Post a Comment